Malaysia Online Community (MOC) Forum Index Malaysia Online Community (MOC)
Malaysia Online Community
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Home | Forum

Islam Hadhari - Ucapan Y.A.B Perdana Menteri

 
Post new topic   Reply to topic    Malaysia Online Community (MOC) Forum Index -> Sudut Artikel
View previous topic :: View next topic  
Author Message
admin
Site Admin
Site Admin


Joined: 19 Aug 2007
Posts: 131
Karma: 0

Location: Selangor

PostPosted: Wed Oct 03, 2007 11:48 pm    Post subject: Islam Hadhari - Ucapan Y.A.B Perdana Menteri Reply with quote

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru.

Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat.

Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;

Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan


Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah Negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sector atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawwur seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad.

Konsep jihad perlu ditafsirkan secara meluas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti ( itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberi pengiktirafan.

Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan di peringkat global. Semangat ukhwah Islamiah perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian social yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain.

Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Umat perlu menjadi masyarakat iqra’ dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama.

Penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan.

Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan mnyempurnakan tanggungjawab fardu Kifayah secara sempurna, jujur,telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat.

Manusia itu adalah khalifah dimuka bumi ini . Oleh itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia atau , menjalankan peranannya untuk memakmurkan dunia.


Sumber: http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=utama
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
lengchai86
Warganegara
Warganegara


Joined: 07 Oct 2007
Posts: 20
Karma: 0


PostPosted: Mon Oct 08, 2007 2:59 am    Post subject: Reply with quote

lengkapkan diri dengan ilmu n jadilah manusia yg berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Malaysia Online Community (MOC) Forum Index -> Sudut Artikel All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free




71140